Monday 16 July 2012

Shaklee

Hari ni saya pegi Shaklee nak beli barang. nak top up GLA yang dh abis.then nak beli ESP yang dipesan oleh En Anuar dan my sista.Tapi malangnya ESP tak ade stock. Tapi baru je chit chat2 ngan big mama Cery mamaFaiz katenya kat wangsa maju je out of stock tapi kat HQ ade lagi.Emmpp..apepun tak bole..tapi takpe kat sini saya nak upload pic supplement saya yang terbaru.Sekali dengan GLA.Baru la nampak lengkap.Betul tak..

Ini la full set Skin Care
 Full set ini mengandungi:

Vitamin C : Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen, protein penting yang bertanggungjawab pada keelastisitasan kulit. Penggunaan vitamin C secara rutin akan meningkatkan pembentukan kolagen

Vitamin E : Menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen.Ia bertindak dengan vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

B Complex : Penting untuk pembentukan sel badan. Jadi ia penting untuk awek muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban,membantu untuk kecantikan rambut,kulit,mata dan kuku.

GLA :   berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli

ESP :  Merupakan minuman berkhasiat yang mengandungi sumber protein lengkap yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. 

kalau beli full set harganya mahal sket la.Kalau yang budget sket tu bole try basic je (macam pic kat bawah)






yang mengandungi Vitamin E,vitamin C dan B Complex. Saya dulu ambek full set tapi Trial Pack.Walaupun trial pack nampak la kesan dia sket.So dari situ saya dah boleh nilai berkesan ke tak product ni.Harga trial pack murah la sket.Maklumlah penggunaan untuk sebulan.kan...hehehee... 
Kalau ikutkan harga memang mahel tapi bila ingat muka yang berkarat ni..sedih rasenya. Macam saya,mase belom kawen selalu pegi buat facial kat kedai kak Rose yang kat Taman Kinrara tu.Semua barang kat dalam kedai die yang die suggest sesuai untuk saya, saya beli. malangnya lepas kawen ni, cepat lak dapat anak saya dah takde mase nak facial-facialnya.tambah lagi dah pindah.jauh gak dari kedai kakak tu. sebab tu saya pilih makan supplement. Lagipun supplement ni bagus coz dia baiki dari dalam. Dalam dah ok baru nampak dari luar. Tapi kalau makan supplement ni kene disiplin. Baru la vitamin2 tu dapat bekerja dengan bagus. Makan supplement kene sabar sebab dia bertindak tak sama pada semua orang. Ade orang result nampak cepat, ade orang lambat.Yang penting tawakkal dan berdoa.





No comments:

Post a Comment