Tuesday 11 September 2012

OBESITI


Dipetik daripada Berita Harian Online.

“KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.
Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. – BERNAMA”


Wah Nampak tak betapa seriusnya masalah kegemukan yang melanda masyarakat kita.Di mana silapnya kita?So entry kali ni saya nak godek-godek pasal OBESITI atau KEGEMUKAN ini.
Info-info ni saya godek situ sikit godek sini sikit,supaya menjadi info berguna kepada kita semua.

.
Menurut Wikipedia Obesiti bermaksud : 

Obesiti di Malaysia telah menjadi suatu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis, dan kanser.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat
So apa yang kita makan itulah kita.Mudah jekan.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. 

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti

1.Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

 Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti ini


sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat. 

Kebanyakkan kita makan tidak mengikut Piramid makanan. Kita makan mengikut selera sebab itu ramai yang rambang mata bila ada Buffet ramadhan. Apakah Piramid Makanan? Piramid makanan adalah satu panduan untuk memilih makanan secara sihat. Secara ringkasnya piramid makanan mempunyai 4 aras, dimana aras paling bawah memerlukan kita mengambil makanan yang paling banyak dan aras yang tertinggi hanya sedikit makanan sahaja yang diperlukan.



Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Statistik Obesiti di Malaysia

Di Malaysia , 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun samada mengalami kegemukan atau berbihan berat badan.
Di Malaysia, 29.1% populasi dewasa didapati berlebihan berat (BMI 25.0 – 29.9).
 Di kalangan golongan dewasa yang obes (14.0%), golongan wanita cenderung mengalami kegemukan (17.42%) berbanding lelaki (10%).
Antara kumpulan etnik, kaum India mempunyai berat berlebihan yang tertinggi (33.2%), diikuti oleh Melayu (29.8%) dan Cina (28.5%).

 Prevalen kegemukan abdomen (lilitan pinggang wanita >88cm dan lelaki >102cm) adalah 17.4%. Wanita menunjukkan prevalen lebih tinggi (26%) berbanding lelaki (7.3%).


 











































BAGAIMANA MENCEGAH OBESITI?     
 
1 ) Kekal aktif. 

Cara yang paling biasa untuk mencegah obesiti adalah mengekalkan hidup gaya hidup yang aktif. Aktiviti yang mudah, seperti mengambil tangga atau berjalan ke kedai, boleh membantu dengan ketara. Ramai orang juga menikmati pergi ke gym. Satu keahlian kelab kesihatan tempatan boleh menjadi satu cara yang baik untuk kekal aktif dan bersosial dengan individu-individu seperti yang berfikiran lain.
Ø  Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
Ø  Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
Ø  Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
  • Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
  • Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
  • Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
  • Berjalan-jalan, berkebun.
  • Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
Kenapa perlu bersenam?
Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.
2 ) BERAT BADAN


 Anda harus menimbang diri anda seminggu sekali untuk memantau kesihatan anda. Jika anda dapati bahawa anda mula untuk mendapatkan beberapa berat, anda perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengurangkan berat badan itu.
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
Indeks Jisim Badan
Status
BMI
Kurus
Kurang 20.6
Normal
20.7 - 26.4
Gemuk
26.5 - 30.9
Obesiti
31.0 - 45.2
Bahaya
Lebih 45.3




Apakah BMI?
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

3 ) Minum air.

 Dehidrasi bukanlah isyarat kelaparan dalam badan. Kita disyorkan meminum lapan hingga 10 gelas air setiap hari. Air bagus untukmembersihkan dan menyahtoksin semua kekotoran dalam sistem badan kita.
Memandangkan air tidak membawa apa-apa kalori gula kepada badan kita, minum air adalah satu penyelesaian yang mudah untuk mengelakkan lebihan gula. Air adalah minuman terbaik untuk mengawal pengambilan kalori.
Minum air dalam kuantiti yang banyak, atau menggantikannya dengan minuman pemberi tenaga atau mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi kuantiti air yang tinggi boleh menolong dalam mengurangkan berat badan.
      

 
4 ) Dapatkan rawatan fizikal sekurang-kurangnya sekali setahun

Doktor menasihatkan supaya orang dewasa menerima rawatan fizikal perubatan sekurang-kurangnya sekali tahun untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan

Risiko kesihatan
Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus

5 ) Jauhi makanan ringan

Pastikan makanan ringan tidak mengambil tempat di rumah.Makanan ringan merupakan penyebab utama masalah kegemukan di kalangan remaja dan kanak-kanak.Makanan ringan, makanan segera,makanan dalam tin bukanlah penyelesaian bagi mereka-mereka yang kesuntukan masa kerana makanan yang disebutkan banyak membawa kemudharatan dan ia juga memberi sedikit sahaja khasiat pemakanan.

Makanan segera banyak aditif
Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Monosodium glutamate (MSG) merupakan salah satu aditif yang digunakan di dalam masakan. Walau bagaimanapun,kajian saintifik gagal membuktikan bahawa, MSG member kesan secara langsung terhadap kesihatan manusia. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.
Lemak Berlebihan
Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
Kalau anda hendak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:
i) Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
ii) Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
iii) Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
iv) Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi.            
mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai makanan harian. Hendak tahu kenapa? Perencah mi segera itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain

6 ) Hanya makan apabila anda berasa lapar.
Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang secara semula jadi dapat mengawal berat badan ialah hanya makan apabila mereka lapar.Apabila kita makan secara berlebihan boleh menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan dan boleh mendatangkan penyakit.

7 ) DIET YANG BETUL

1.   Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
 
2.   Elakkan menggunakan susu pekat manis.
 
3.   Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
 
4.   Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
 
5.   Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
 
6.   Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
 
7.   Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.
 Makan makanan yang sihat. FDA mengesyorkan bahawa orang yang rata-rata makan 2,000 kalori sehari dalam makanan seperti tenusu, daging, roti, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Kawal diet anda untuk memenuhi piawaian-piawaian FDA adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah obesiti.

Sekarang bagaimana?tepuk dada tanya selera.Besar selera kita maka akan besarlah perut kita.Semoga apa yang saya tulis dapat dijadikan panduan untuk kita semua.Sekian Wassalam.





No comments:

Post a Comment