Wednesday 18 July 2012

Vita-E Complex


Menjadi tua memang proses semulajadi,memang fitrah alam yang muda akan menjadi tua.Namun cara hidup sihat seperti bersukan, rehat yang cukup dan mengambil pemakan yang berkualiti serta kaya dengan antioksidan Insya Allah boleh melambatkan kesan penuaaan.
Salah satu cara untuk melambatkan kesan penuaan adalah dengan mengambil supplement yang mengandungi antioksidan seperti Vitamin E, Vitamin C, Vitamin A dan Selenium.
Untuk itu mari kita intai2 apa bagusnya Vitamin E untuk badan terutama Vitamin E Shaklee

APAKAH FUNGSI VITAMIN E UNTUK BADAN KITA??
  • Vitamin E adalah sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia mengokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan.
  • Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Vita-E Complex®
Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
 
Apa yang penting Vitamin E Shaklee bersumber semulajadi jika lihat pada label jika ada hiruf d pada label d(d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. Jika satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia.

 
APAKAH SILENIUM??
Silenium merupakan mineral penting yang sangat diperlukan oleh badan sebagai antioksidan untuk aktiviti radikal bebas. Selenium tidak boleh dihasilkan oleh badan tapi diperolehi dari makanan yang kita makan.
Silenium bagus untuk kesihatan dan membantu kekebalan badan yang kuat dalam mencegah penyakit.
 
Selenium terkandung tinggi di dalam makanan laut, ikan tuna, hati, seafood, brokoli, tomat, bawang, beras merah, hati kambing, hati ayam, tiram, dan salmon,.Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 65 mcg untuk lelaki dan 50 mcg untuk wanita.

 
KELEBIHAN VITAMIN E SHAKLEE
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan:
  •  400IU vitamin E dari sumber semulajadi .
  •  Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  •  Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
  • 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E. Memberi penyerapan yang optimum.
  • Membantu menyihat dan menyegarkan kulit dan rambut
  • Boleh dijadikan masker muka untuk kesan yang lebih baik.
  • Membantu mencegah sel yang abnormal seperti kanser
  • Memberi kesan awet muda
  • Memudarkan parut
 
KEKURANGAN VITAMIN E

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
  •    Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
  •    Penuaan kulit sebelum masa.
  •    Rambut gugur
  •     Anemia.

 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di:
H/P: 012 301 3031 atau
Email: mazuraimohamed@gmail.com atau

Lot of Love
Mazurai Mohamed


No comments:

Post a Comment