Sunday, 14 April 2013

KEGUGURAN RAMBUT SELEPAS BERSALIN




Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormone estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. Jadi semasa hamil, rambut ibu biasanya lebih tebal dan sihat. Selepas ibu bersalin, paras hormone estrogen akan turun mendadak sebelum kembali normal. Penurunan paras hormone estrogen mengambil masa 2-3 bulan atau lebih lama pada sesetengah ibu. 

Sepanjang tempoh ini ibu akan mengalami keguguran rambut yang sangat teruk terutama jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah botak. Teori orang tua-tua mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.

Keadaan ini berterusan selama 3-6 bulan dan mungkin sehingga 9 bulan. Walaubagaimanapun ia tidak dipengaruhi oleh penyusuaan susu ibu. Selepas tempoh tersebut pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum ibu hamil.

Beberapa cara untuk mengatasinya : 


Potong rambut pendek. Apabila berambut pendek dapat mengurangkan masalah keguguran dan senang diurus.

Pengambilan makanan yang sihat dengan zat protein dan zat besi yang secukupnya.

Pengambilan supplement dan minum air masak yang banyak boleh melembapkan kulit. Kulit kering boleh mengakibatkan kelemumur yang teruk.

Gunakan sihat yang lembut dan sikatlah dengan cermat. Elakkan menyikat rambut semasa basah.

Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna dan sebagainya sehinga rambut kembali normal.

Berjumpa doctor sekiranya rambut gugur dengan teruk dan terdapat gejala lain. 


Sumber Pa&Ma

No comments:

Post a Comment