Sunday, 30 September 2012

MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Vitamin dan kaitan dengan masalah keguguran rambut


Selain daripada tekanan dan pencemaran, salah satu punca utama keguguran rambut adalahkekurangan vitamin. Biasanya, orang yang mengalami keguguran rambut juga mengalamikekurangan vitamin dalam diet mereka. Agak-agaknya apalah vitamin yang kurang dalam pemakanan harian kita yang menyebabkan keguguran rambut kan?

1. Biotin (Vitamin-H) 
Vitamin yang paling popular yang membantu keguguran rambut adalah Biotin atau vitamin H.Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan telah terbukti untuk menghalang keguguran rambut. Satu lagi faedah Biotin adalah bahawa ia mencegah rambut kelabu. Vitamin ini adalah dalam susu, yis dan kuning telur.
2. IRON (ZAT BESI)
Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan anemia, tetapi ia jugamenyumbang kepada keguguran rambut. Orang yang mempunyai kekurangan zat besi dan rambut gugur perlu meningkatkan pengambilan zat besi dalam pemakanan harian mereka. Ini perlu, kerana zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.
3. VITAMIN-B
Vitamin B kompleks juga membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana iamenguatkan folikel rambut - menjadikan ia kurang terdedah kepada kerosakan dan kehilanganrambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.
4. ZINC
Zink banyak terdapat dalam daging merah, yang membantu mengatasi sebarang masalah kulit kepala (berkelemumur). Satu lagi faedah pengambilan zink ialah ia meningkatkan kehidupan seks anda. Jadi ia menjamin bukan sahaja rambut yang cantik tetapi ‘saat’ yang indah ketika bersama.
5. ANTI-OXIDANTS
Anti-oksidan, yang lebih dikenali sebagai Vitamin A, C dan E biasanya diambil untuk mempunyaikulit yang cantik. Tetapi adakah anda tahu bahawa selain daripada memberi anda kulit yang bersih dan mulus, ia menghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut denganmengepam keluar toksin dalam badan dan meningkatkan sistem imun anda.
6. PROTEIN
Protein merupakan satu lagi komponen penting rambut. Sebenarnya, 90% struktur rambut  dikomposisikan oleh protein. Bersama dengan vitamin B kompleks, protein juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan  dalam rawatan rambut.Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.
8. PANTOTHENIC ACID
Asid Pantothenic adalah penting untuk kesihatan kulit kepala. Ia juga merupakan salah satukomponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga.Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien ini di dalam badan kita - ia jugamengakibatkan sembelit dan penyakit yang lain.

Nah! Itu dia senarai jenis vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut , tak kiralah rambut gugur ke, rambut bercabang ke, masalah kulit kepala berkelemumur ke..etc..etc..Rambut yang cantik adalah idaman setiap orang. Jadi, jika anda mengalami keguguran rambut atau mana-mana masalah rambut atau kulit kepala, cuba cari apa yang kurang di dalam diet anda. Pilihan di tangan anda untuk memilih makan terlalu banyak atau terlalu sedikit untuk memastikan sistem badan anda berfungsi dengan betul. Jika anda boleh berbelanja besar untuk rawatan keguguran rambut (termasuk syampu dan perapi, pelembap dan lain-lain), tetapi tanpa pemakanan (yang mengandungi nutrisi) yang betul semuanya adalah membazir. Renung-renungkan!

sumber:rafaliah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment