Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling
dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang
pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan
pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem
imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan
vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan
jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh
demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita
pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk
kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui
penghasilan kolagen.
Vitamin A
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga
lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan
antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan
jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius
mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah.
Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau
mereka yang sihat.
Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
1) Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2) Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung
berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit
degeneratif.
3) Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit
yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan
dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan
beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti
oksida yang poten.
Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan
ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan
anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia
diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang
berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu
mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem
reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Zink
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga
kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau
jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal
penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk
mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran
tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi
UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi
manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten,
vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan
vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan
tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal
bebas.
Sumber : Utusan Malaysia
Shaklee Golden Lounge
No comments:
Post a Comment