Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Protein?
Sebelum
ini anda mungkin sering mendengar bahawa protein adalah nutrien yang
penting dan bermanfaat untuk kesihatan anak anda. Namun, tahukah anda
bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan?
Protein adal ah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda
untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia
membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia
melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein,
tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.
Peranan Penting Protein
* Menggantikan sel-sel dan tisu-tisu yang mati atau rosak
* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein)
* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
* Melingdungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.
Sumber Protein
Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber iaitu
protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein
tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein
haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan
kerana protein haiwan mengandungi semuasid amino penting yang diperlukan
oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yg tidak lengkap,
ia adalah pengganti yg baik untuk daging, atau protein haiwan. Tambahan
pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau
kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan
membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang
individu.
Panduan Diet Malaysia Telah Mengersyorkan Bahawa Anda :
1. Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh.
Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan
sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.
2. Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan
sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yg kaya dgn
kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi
kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yg kurang gula dalam oat dan
bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu
yg baik.
3. Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara
sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yg berlainan
untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah
yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian
atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak
anda yg berumur 1 tahun atau ke bawah.
4. Amalkan cara memasak
yg lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yg
disyorkan termaksuk mengukus, merebus merenih memanggang dan membakar.
Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk
menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam
atau sos pekat.
5. Pilih daging atau ayam yg rendah lemak atau
kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan
daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yg boleh
kelihatan sebelum memasak.
6. Berikan anak anda kekacang setiap
hari dan masukkan kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu.
Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan
kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai
jenis kekacang serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan
makanan. Tambahkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahakan
kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran
tumis.
Berapa Banyak Protein Yang Anak Anda Perlukan?
Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah
pengambilan yg disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6
tahun ialah 17 - 23 gram sehari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12
tahun memerlukan kira-kira 32 - 46 gram protein setiap hari.
Keseimbangan
Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anank anda, anda
perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya kaborhidrat, lemak,
vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang,
terutamanya bagi kanak-kanak yg sedang membesar. Untuk membina kekuatan,
sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang
penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal
makanan dan nutrien lain yg juga sama penting.
Terlalu banyak
atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik.
Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan
makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yg baik.
No comments:
Post a Comment