Sunday, 5 August 2012

Air

Pagi-pagi yang indah ni tetiba je nak tulis paasal air.Lagi-lagi bulan puasa ni pasti badan kita tak cukup airkan. Sepertimana yang kita tahu..70% daripada tubuh kita ada lah air dan air sangat lah penting untuk kita. Kita boleh hidup selama seminggu tanpa makanan tapi kita hanya boleh hidup selama tiga hari sahaja tanpa air.Bayangkan betapa besarnya impak air kepada kita.

Apa maksud air sebenarnya?Menurut  Wikipedia,




“Water is a chemical substance with the chemical formula H2O. A water molecule contains one oxygen and two hydrogen atoms connected by covalent bonds.”

Air adalah satu bahan kimia dengan formula kimia H2O. Molekul air mengandungi oksigen dan dua atom hidrogen yang dihubungkan oleh ikatan kovalen.




Kita disarankan untuk minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. minum ari sekurang -kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara 79 peratus dan kanser pundi kencing 50 peratus.

Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.


Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Oleh kerana itulah, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada tubuh. Kekurangannya akan “memaksa” buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkannya rosak.

Berikut adalah fungsi air terhadap badan kita :

1. Otak

Tubuh yang cukup kandungan air akan membuat daya ingatan lebih tajam, perasaan stabil dan motivasi lebih baik. Jika kecukupan air dalam tubuh baik, kemampuan kita dalam memecahkan masalah juga akan meningkat.

Para ilmuwan menyebutkan kekurangan air akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurangan sehingga sel-sel saraf menyusut sementara. Sebab itu kita lihat orang yang haus atau dahaga akan mudah marah..

2. Mulut

Air akan menjaga tenggorokan dan bibir lebih basah dan menjaga bibir mulut dari kekeringan. Keadaan mulut yang kering bisa memicu bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung
 Kekurangan air akan menyebabkan penurunan isipadu darah sehingga jantung akan bekerja lebih kuat dalam mengepam darah agar sel-sel tidak kekurangan oksigen. Akibatnya aktiviti fizikal ringan seperti naik tangga atau berlari akan terasa lebih memenatkan

4. Peredaran darah

Tubuh mengeluarkan haba panas dengan cara melebarkan pembuluh darah yang dekat dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan.

Bila kita kekurangan air,  haba semakin tinggi

5. Otot

Bila air cukup dalam tubuh terutama sel ia akan menyediakan nutrien yang cukup dan membantu otot berfungsi dengan baik  Air juga penting untuk mengerakan sendi.

6. Kulit

Jika seseorang menderita kekurangan air,  kulit menjadi kering. Keadaan ini berbeda dengan kulit kering.

7.   Ginjal

Ginjal memerlukan air untuk berfungsi, jika tiada air, ginjal atau buah pinggang tidak dapat bekerja. Maka akibatnya ginjalnya akan rosak



 Antara tanda kekurangan air termasuk:

  • * Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
  • * Terlalu dahaga
  • * Mulut kering
  • * Mengantuk
  • * Air kencing sedikit dan pekat
  • * Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
  • * Lemah otot
  • * Sakit kepala dan pening
Saya cukup dulu buat masa ini. Sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis pasal air ni tp tak kesampaian sebab mengantuk gile tahap gaban lagi ni.Sehingga berjumpa lagi..Assalamuaikum..


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di:
H/P: 012 301 3031 atau
Email: mazuraimohamed@gmail.com atau
http://www.facebook.com/littlefamilyshoppe




No comments:

Post a Comment